Make your own free website on Tripod.com

 

 

sumbangan wanita

 

Dalam dunia moden ini, peranan wanita tidak lagi hanya terhad kepada kerja-kerja di rumah sahaja. Mereka juga turut menggembleng tenaga bersama-sama kaum lelaki untuk membangunkan negara.

Sumbangan wanita kepada negara juga dapat dilihat menerusi penglibatan mereka dalam bidang politik. Tokoh-tokoh politik seperti Datuk Paduka Rafidah Aziz, Corazon Aquino dan Khaleeda Zia telah membuktikan bahawa mereka mampu menjadi politikus yang baik. Malah, mereka juga berjaya membuktikan bahawa mereka juga dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.

Wanita hari ini telah menerima pendidikan yang sama dengan kaun lelaki. Oleh itu, tidak hairanlah jika mereka menjawat jawatan penting dalam syarikat-syarikat besar. Selain itu, sifat semula jadi wanita yang lemah lembut, penyayang dan penyabar menyebabkan mereka sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan seperti guru, jururawat dan kerja-kerja elektronik yang rumit.

Sumbangan wanita kepada negara juga dapat dilihat menerusi penglibatan mereka dalam bidang politik. Tokoh-tokoh politik seperti Datuk Paduka Rafidah Aziz, Corazon Aquino dan Khaleeda Zia telah membuktikan bahawa mereka mampu menjadi politikus yang baik. Malah, mereka juga berjaya membuktikan bahawa mereka juga dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.

Dalam bidang sukan, atlit-atlit wanita bersama-sama atlit-atlit lelaki telah mengharumkan nama negara dalam sukan renang. Misalnya puteri renang yang tidak asing lagi seperti Nurul Huda dan lain-lain lagi. Sylvia Ng pula telah mengharumkan nama negara dalam sukan badminton.

Dengan penyertaan kaum wanita dalam pelbagai bidang, pembangunan negara telah berjalan lancar. Walau bagaimanapun, kaum wanita hari ini perlulah pandai membahagikan masa mereka antara rumahtangga dan kerjaya. Di samping itu, kaum wanita juga harus mengekalkan sifat-sifat kewanitaan mereka agar selaras dengan hasrat negara yang mementingkan ciri-ciri ketimuran.